CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 25, 2012

Buat Bakal Imamku....


~ ♥ Andai Aku Adalah Tulang Rusuk Mu Yang Hilang ♥ ~


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat



Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah



Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan



Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita



Kerana..

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

Wednesday, April 11, 2012

akugilamuvilagi.. ~MIRROR MIRROR~



yess!! muvi pertama yg aku tengok sejak sekian lama x g tengok muvi
MIRROR MIRROR
super duper AWESOME!! n BEST!!!
mmg x rugi g tengok even mcm lmbt je g tengok kan
(Wed. 11April 2012)
ptg nk g tengok tu mmg struggle gilos la
usaha mencari teksi semata-mata nk bg sempat tengok pukul 5.20ptg
dari Summit jelajah ke BPMall utk muvi ni
n sgt berbaloi! sempat tgok..
sampai ke babak terakhir
dan sampai skrin wayang dh gelap
semata2 nk tgok n dengar lagu ala2 hindustan yg best tu
~dh siap download lagu I Believe in Love tu ya~
hahahahahahaha XD

yg mampu ak review n komen...

Snow White & the 7 Dwaft 

muvi ni sgt best! 

dan...

HERO SGT HENSEM!!

err....ni lain kes nih..belum sedar dari spell
comel jugak!

see! HANDSOME kan!!

AWW!!!! my PRINCE ALCOTT!!!




Tuesday, April 10, 2012

SEBULAN MENYEPI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ^_^v

eh2..lamanya aku x menghapdate blog nih..ya ampunnnn..sebulan lebih sudah ya..berhabuk sudah..hehehe
yepp...memang aku nak je hapdate blog ni..kalo boleh tiap2 hari nak tulis mcm2 kisah hidup aku..tapi ntah la..tiba2 rasa mcm xde semangat nak mengarang..mybe sbb membizikan diri dengan buat benda2 lain kot.. mcm menyempurnakan ASSignment aku yang belambak tu.. (tp dh abes skrg!!)

mood nak menghapdate x kunjung tiba sebab aku skrg meralit pulak berBLOGWALKING ke blog2 yg fofular n x fofular utk menstalk baca mcm2 kisah hidup org, cerita2 lawak, menstalking org, err perlu kew? hewhewhew :D

so..skrg nak kena timbul mood balik utk merajin menghapdate blog aku nih..harap2 istiqamah la ye..amin..doa2kan la tau..hik3

Wednesday, February 29, 2012

info kesihatan - TIBI & pengalamanku

RAWATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN TIBI
oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Pelbagai cara telah dilakukan. Langkah pencegahan juga telah dilaksanakan. Namun, penularan penyakit tibi (tuberculosis) tetap tidak ada surutnya. Malah angkanya terus meningkat dari tahun ke tahun.


Statistik WHO

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini terdapat lebih kurang 20 juta kes tibi aktif di seluruh dunia. Penyakit ini dikatakan menjangkiti antara 50 hingga 100 juta penghuni dunia terutama kanak-kanak secara tahunan. 3 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80% daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26% kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit tibi mendapatkan rawatan sewajarnya.

Apakah punca utama penyakit yang sudah wujud sejak zaman kuno ini terus bertahan? Bagaimana pula peranan kita dalam usaha untuk memastikan penyakit ini tidak lagi menjadi antara pembunuh utama penyakit berjangkit ini?


Senario Jangkitan Tibi di Malaysia


Di negara ini, angka mereka yang dijangkiti penyakit ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Sejak 1989 secara purata sebanyak 11,500 hingga 12,000 kes dikesan setiap tahun. Separuh daripada kes ini didapati positif dijangkiti tibi. Pada 2006, seramai 14,000 pesakit tibi telah dapat dikesan yang mana nisbah jangkitan adalah 61 untuk setiap 100,000 penduduk.

Tahun berikutnya, sebanyak 16,000 kes baru dicatatkan dan pada 2008 pula sebanyak 17,506 kes baru didaftarkan. Daripada angka ini, 10,441 disahkan dijangkiti kuman tibi dengan 2207 kes melibatkan pendatang asing.

Angka jangkitan terus meningkat tahun lalu dengan 17,496 kes baru direkodkan.

Bagaimanapun, kes tibi di Malaysia masih rendah berbanding Filipina, Thailand dan Indonesia, namun lebih tinggi dari negara Singapura.


Tibi dan Pendatang Asing

Kemasukan pekerja dari negara-negara dunia ketiga sememangnya menjadi punca utama jangkitan tibi masih berleluasa biar pun tahap kebersihan dan kesihatan di negara ini boleh dikatakan berada pada paras sederhana.

Sememangnya sangat sinonim dengan negara mundur dan kemasukan pekerja dari negara-negara ini turut membawa sekali penyakit tersebut. Penyebaran kuman di kalangan pendatang berlaku dengan mudah disebabkan keadaan persekitaran yang memudahkan penyakit merebak dan menular.

Boleh dikatakan dengan keadaan tempat tinggal yang sempit dan kurang ventilasi menjadi salah satu sebab penting kepada jangkitan ini menular dengan mudah.

Negara maju seperti Amerika Syarikat juga turut berdepan dengan masalah ini disebabkan kemasukan pendatang asing dari negara membangun seperti Mexico.


Rawatan

Bakteria tibi mempunyai dinding sel yang tebal dan amat sukar untuk dibunuh menggunakan antibiotik. Kuman ini juga boleh hidup di dalam sel-sel darah dan di dalam tisu anggota badan lain.

Oleh itu, rawatan tibi perlu terus diberikan selama 6 bulan supaya semua kuman di dalam dan di luar sel dapat dibunuh sepenuhnya.

Cara rawatan adalah dengan memberikan antibiotik kepada pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan kuman tibi menjadi kebal kepada ubat (multidrug resistance tibi). Ubat yang biasa diberi adalah isoniazid, rifampicin, pyrazinamide,streptomycin dan ethambutol. Pesakit perlu mengambil ubat-ubat ini setiap hari bagi 2 bulan pertama, sehinggalah pemeriksaan doktor dijalankan.

Sekiranya pemeriksaan doktor menunjukkan kemajuan dari segi simptom, imej imbasan sinar-X dan pemeriksaan kahak, cara pengambilan ubat akan diubah kepada 2 kali seminggu untuk 4 bulan seterusnya. Imbasan sinar-X dan ujian kahak perlulah dijalankan setiap 2 bulan sepanjang tempoh rawatan, sehinggalah pesakit didapati sembuh sepenuhnya (selalunya hanya dalam tempoh 6 bulan).

Seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga mempunyai kesan sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan letih. Adalah sangat penting pesakit memaklumkan doktor atau jururawat jika terjadi sebarang kesan sampingan yang teruk.

Kejadian kuman tibi yang kebal kini didapati meningkat di beberapa negara di rantau Asia. Kuman jenis ini amat sukar dihapuskan dan kadar kematian pesakit akibat jangkitan kuman tibi kebal adalah setinggi 80%.


Langkah Pencegahan

Menurut kajian, pesakit yang aktif tibi akan menjangkiti 10 hingga 15 orang di sekelilingnya.

Bagi pesakit yang disahkan tibi mereka perlu :

* Mematuhi arahan pengambilan ubat yang telah ditetapkan tempohnya.

* Ambil cuti dan tidak ke tempat kerja atau sekolah bagi mengelakkan kuman tibi tersebar.

* Selepas beberapa minggu rawatan, pesakit akan rasa lebih baik dan tidak akan menjangkiti orang lain lagi. Doktor akan menasihatkan waktu yang paling sesuai untuk kembali berkerja atau ke sekolah.

* Asingkan bilik tidur, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya. Elakkan sentuhan dengan orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.

* Dari segi ventilasi, pastikan sistem pengudaran rumah dan pejabat dalam keadaan baik. Halakan kipas ke arah tingkap untuk meniup angin keluar dari ruang bilik. Ini akan mengurangkan peluang bakteria tibi untuk terus berada dalam ruang dan menjangkiti orang lain.

Selain itu, kanak-kanak yang merupakan golongan mudah dijangkiti digalakkan tidak mengunjungi hospital bagi mengelakkan penyebaran kuman tibi. Bagi bayi baru lahir, suntikan BCG mampu memberi perlindungan daripada bakteria tibi.

Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas pekerja yang masuk ke negara ini terutama jika dari negara dunia ketiga.

err..kenapa tiba2 buat entry kesihatan? sebenarnya aku mmg tgh risaukan pasal penyakit tibi nih...semalam (28/2/12) aku demam sgt teruk..suhu pun sampai mencecah 39.7...sgt tinggi bagi aku yg x pernah demam tinggi2...then, ptg tu terus pegi klinik kesihatan utk check...sebab risau x sempat baik sebelum balik PBS..

bila dh sampai klinik, doktor mintak buat ujian saringan..ingatkan kenapa..rupa2nya doktor syak aku suspek tibi...astagfirullah....aku mmg sgt2 terkejut..ingatkan aku ni demam biasa je...tp bila aku menunjukkan simptom tibi..terus doktor suruh aku wat mcm2 ujian...mula2 kena g ambik darah...erk...DARAH?? CUCUK?? sgt takot! aku mmg x pernah cucuk ambik darah...tp nk wat cmna..kali ni aku mmg beranikan diri..aku try wat cool n tahan sakit...sambil2 doktor menyedut darah aku tu aku baca mcm2..zikir terkumat-kamit..darah aku tu pulak ya ampun degil ya amat..lmbt nau nk keluar..saja je nk bg jarum tu dok lama2 kt lengan aku..sampai doktor pon tegur darah tu lmbt sgt.. =.="

bila dh abes ambik darah..kena bwk darah tu g makmal..time kt makmal pulak, aku kena bg kahak pulak..puas aku melilau2 cari makmal kt mana,,sampai tertanya kt kaunter makmal sndiri kat mana makmal..demmm..kena tegur free2 jek ngn doktor kt situ..

"cik, mana makmal ye?" 
"abes tu kt belakang ni tulis ape?" dushh3..

dhtu..kena bg sampel kahak pulak dah...mula2 tnye la kat mana kena pegi..doktor tu pnya la explain masuk sana masuk sini keluar sana keluar sini...ceh..rupa2nya kena buat proses keluarkan kahak tu kt luar kt tmpt parking..dushh3...again aku geram..dh la kena paksa kahak tu keluar..sampai berair mata nih..sob3

bila dh bg 2 bekas kahak, doktor tu bg pulak aku satu bekas lagi..ckp bwk balik, esoknya hantar sampel kahak tu lagi..kena keluarkan kahak before gosok gigi...so pagi td (29/2/12) aku dh setelkan tugas tu..baik pnya aku bg kahak tu..yekk :p

dh selesai bab2 kahak..kena pegi dua ujian lagi..aduss...bnyknya ujian  ni..xpe..ujian Allah....mula2 kena g wat x-ray dada..nk check paru2 la kot..x pon check jantung..ntah la pulak..yg aku tau kena x-ray dada..huhu...ni kali kedua aku x-ray selama aku hidup hmpir 20 tahun ni..yg 1st dulu time medical check-up..

lepas x-ray..kena g klinik dada utk suntik again..what?? suntik?? aduss..sampai aku g ckp kt nurse tu "aish..kena cucuk lagi" hahaha...tp cucuk kali ni aku suka! sebabnya aku baru je sua tgn n baru nk mula kumat kamit baca zikir n bismillah dh abes cucuk..bismillah pon x abes rasanya..hehehe..patutla nurse tu langsung x sapu ubat kebas pape..just tunjuk jarum n ubat yg dy suntik..depan mata aku..ciss!

so utk smlm..dua2 tgn aku kena suntik..kanan utk ambik darah yg degil, kiri utk suntik kt klinik dada tu..waa! dh mula rasa x takut jarum..

harini..aku g hantar sampel kahak je..then doktor yg comel - abg juwek ambik sampel aku doe!! ckp esok dh bole ambik result..tp ikut doktor yg rawat aku semalam, dy ckp g hari jumaat nt terus..coz aku kena g klinik dada sekali lagi utk check bacaan..n klinik tu aku kena g lps 3 hari..alang2 tu doktor ckp la dtg jumaat ni aje..oke lah..n jumaat ni la baru tau aku ni +ve tibi or -ve tibi...harap2 aku -ve tibi la..amin.....kwn2..doakan aku ya..family pon bnyk bg sapot..abah ngn ummi bg smgt kt aku supaya jgn lemah n kuat..semua ni ujian Allah katanya...aku kena terima semua ni dgn redha..so skrg aku hanya mampu berdoa moga2 aku bebas dari penyakit tu..

Thursday, February 23, 2012

DOA DHUHA... ^_^


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh

Sunday, February 5, 2012

JEFFERY 2 n NINA ::just married::

jeffery...oh jeffery....di manakah dikau...kesian kak cipy mencari2 engkau...kenapa engkau menginggalkan nina sesekor? asal x bwk dy lari bersama?? *hahaha..gilos

JEFFERY 1 - si jantan yg x bertanggungjawab

xpelah.jeffery...sampai hati ko susahkan kak cipy..n nina..kesian nina meroyan teringatkan kau...utk mengelakkan si nina meroyan dgn lebih teruk, kak cipy, dgn dibantu oleh kak nas n di iring oleh kak nik khalida pon pegi la merisik2 hamster jantan lain utk dijadikan pasangan kpd nina..walaopon tmpoh edah belom abes..tp dh keadaan nina dh parah tahap meroyan nye membuatkan kami terus meminang dan kawinkan nina dgn hamster baru yg biberi nama jeffery (tp yg lain)..kenapa nama jeffery?? sbb nina meroyan terok..dy nk jeffery jugak2..smpaikan dy cium2 hidu2 lama2 si hamster jantan baru nih sbb terlalu teringatkan si jeffery..teruk kan keadaan dy..huhu

 NINA - tgh meroyan

tgok..teruk3....kesian sgt kt nina...xpela nina...kak cipy, kak nas n kak nik dh tlg nina dptkan hubby baru...nina lupekan lah si jeffery 1 yg x bertanggungjawab tu ye...mulakan hidup baru dgn Jeffery 2 yg sgt2 sweet n romantik nih...

hensem kan JEFFERY 2?? nina terpikat dgn kehenseman dy kan2

tgok la td tu...siap share2 mknn lagi....bila kak nik asingkan korg kt lain2 bahagian n letak penghadang sangkar, korg main lambai2 lak kt penghadang tu kan..alolololo soo suwiitttt!!!

~JUST MARRIED~


aaww..suwitnyew korunk!! harap2 korg berbahagia la ye..sampai akhir hayat....jgn lari tinggal laki/bini tau.... n satu lagi, jgn lupe bagi cucu2 yg comel2 utk kak cipy, kak nas n kak nik tau :)


*kisah percintaan JEFFERY 2 ngn NINA ^_^v

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

Allahumma sollia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim' 3x.

(klik atas utk tgok vdeo hasil enchik YDP)









gambar2 sekitar majlis...

~ mmg best bila dgr selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dilagukan sambil berarak..walopon kiteorg x dpt join berarak sbb pmpn xyah berarak, tp tetap rasa suasana yg meriah tu..

~ sebak n nangis aku bila ustaz yg bg ceramah crita psl kisah nabi yg sntiasa mengingati ummatnya..adakah ummatnya mengingati Rasulullah s.a.w sepertimana baginda mengingati kita?? renung2kan...

~ jumpa Tengku Idris doe!! tengku temenggung johor tuh..bkn senang nk mendekati kerabat diraja nih... patik kan rakyat biasa je...huhu..tu yg eksaited tuh.....ampun tengku ^_^v

*cik photographer blom bg gamba...entry tangguh lagi.. =.="

Saturday, February 4, 2012

1st day of cuti - jd itik kt WET WORLD :)


Telephone: 607-434 6060
Fax: 607-433 6161
Email: ww2020@pd.jaring.my
Opening Hours: 
Weekdays - 1pm to 7pm
Weekends, public & school holidays - 10am to 7pm.
Closed on Tuesdays except for public & school holidays.







*gambar2 dari ihsan enchik gugel...gamba kiteorg blom diedarkan oleh photographer

hari ni percutian kiteorg selama 4 hari sempena Maulidul Rasul n Thaipusam pun bermula...4 hari dok mktb kalo x buat pape x best kott..bosang! huhu

atas sbb itulah kiteorg iaitu aku, intan, balqis, hani, tikah n kak mizah pon mengisi hari pertama cuti kiteorg dgn pegi main air kt Wet World Batu Pahat..ohohoho! best woo! walopon x besar sgt tp puas dpt main air..yg bestnye main gelongsor tinggi tu, main gelongsor pusing2 n main ombak..best3! :)

perjalanan bermula bila pagi2 kami naik bas menuju ke basten..then lps tnye pakcik bas pasal bas ke yong peng n wet world, tros kami g brekfes dulu kt gerai sebelah basten tu..pekena nasik lemak sorg sbungkus n tapau sebungkus utk bekal g main air..hehe

then bila dh smpai....erk..awal sgt la pulak..bukaknye kul 10pagi..tp kami smpai dlm pkul 9.20pagi...so atas sbb itu, kami pon lekaing dulu kt dpn wet world ni smbil posing2 photogediks..

bila dh bukak je Wet World ni..apa lagi..troooss kami g main air..1st dstination kami g main air kt kwsn ombak..tp masa tu ombak x on lagi...walopon on lagi..tp ya ampunn..siyes eksaited gilos kami main air..hahaha..besela lama x main2 air mcm ni...sakan nau berjimba..hehe

then mula dscoverd tmpt2 main lain pulak..smua la kami try... ~x bnyk mne pon pmainannye~ sgt2 enjoy ya anak2...sampai rsa nk dok dlm air je spanjang masa..hehe

tp main2 gak..perut tetap lapo..naseb baek ada bwk bekalan nasik lemak bungkus sorg satu..walopon xleh bwk masuk mkn senanye..tp kami tetap bwk masuk seludup2 dlm beg..hehe

dh abes mkn..tros g salin baju n btolak balik...balik plak naik teksi pakcik zai...x larat sudeh nk tggu2 bas nih..huhu..tp last2 kena naik bas jugak coz kami x tros balik mktb tp menginggah pulak kt BPmall utk mkn lunch n solat zohor..

lps mkn2 tros balik..sesampai je bilik masing2.smua berada dlm mode senyap a.k.a tidur! penat kott! hehe...naseb baek x terlepas asar...bgn tidur smua belek muka masing2..oh tidakk!! muka burn! balaq! merah mcm pkai blusher! pedih! hitam! dan mcm2 lagi..baru sedar yg muka masing2 mengalami perubahan...huhu

masa main x igt dnia...bila dh balik baru sedaq sakit sana sini..hehe..bese lettew..time syok mna igt sakit..hehe

pape pon...1st day of cuti ni sgt2 best! thanx kwn2 ^_^v
*2nd day - esok nk g perarakan Maulidur Rasul pulak :)
isi masa cuti dgn perkara2 berfaedah

Monday, January 30, 2012

Journey 2 : The Mysterious Island


CAST : 

MOVIE REVIEW...

Sean Anderson is caught by police escaping from a satellite research centre where he was attempting to access a signal broadcast that was too faint to pick up outside of the facility. Escorted home by his step father, Hank Parsons, he eventually reveals that the mysterious broadcast he was attempting to access was a set of indistinguishable words that he is trying to decode. Hank, in an attempt to bond with his step son, solves the code which eventually reveals the co-ordinates for the Mysterious Island, which were hidden in three novels-Treasure Island, Gulliver's Travels and Verne's Mysterious Island. Sean believes that his long lost grandfather was the one behind the transmission, and that he has discovered the island. Sean and Hank immediately set out for the island of Palau. Both Hank and his wife, Liz, don't believe anything that Sean is convinced of, such as the fact that the Mysterious Island could exist and that his grandfather discovered it, but after Hank considers that this trip could help bring him closer to his usual anti-social step son, the couple decide it would be ideal. Once arriving at Palau, they board a private helicopter run by Gabato and his daughter Kailani, whom Sean immediately develops a crush on. The four travel to the co-ordinates until their helicopter is hit by a freak storm, causing them to crash on the island. Eventually they manage to make their way inland where they finally meet Sean's grandfather. He leads them back to his hut where they spend the night. Once it is determined that a radio signal for a distress call can only be sent once a fortnight, it is decided that the group will stay put until then. The next day the five travel to the lost city of Atlantis, buried far back in the jungles. There Hank finds evidence to believe that the island is slowly sinking. It is revealed through Sean’s grandfather that the island sinks underwater once every 140 years or so due to shifting tectonic plates, and that they still have years before the next cycle begins. Hank’s recent discovery however shows that his Sean’s grandfather’s calculations are wrong and that the island will sink in a few days. From there the group set out to Captain Nemo’s tomb, which contains his journal holding the whereabouts of the legendary submarine, The Nautilus, their only hope of escaping on time. Once the journal is uncovered, they set out towards Nautilus, encountering various obstacles in their path. Sean’s foot is dislocated after a dog fight involving a giant bird, and the group is slowed down considerably. The next morning it is discovered that Gabato has left the group to return to a previously passed volcano of gold, which he believes is his and Kailani’s only hope of living a decent life. Kailani and Sean’s grandfather set out to find him while Hank and Sean continue to find the Nautilus. Once at the submarine’s entrance, the two are disheartened to find that the rising sea level has buried the cave underwater, and that they two must dive without assistance down to where it is located. Using a simple breathing device, they manage to reach the submarine and open the entrance hatch, narrowly avoiding a nasty encounter with a giant electric eel. Kailani and Sean’s grandfather eventually find Gabato and convince him to return to the submarine. Once there, they are distraught to discover that Hank and Sean are nowhere in sight. Unbeknownst to them, the pair are attempting to start the submarine, although the batteries are long exhausted. Hank devises a plan to use the eel to conduct enough electricity to kick start the Nautilus, and equipping a basic diving suit, exits the sub to confront the eel and throw a harpoon at it. Once the submarine starts, they quickly travel to the surface and retrieve the other three. Six months later, Gabato is head of a successful tourism movement back on Palau, and has enough money to send Kailani overseas to the states where she is dating Sean and attending college.

own review :
muvi yg best! x rugi tgok..hehe....kalo la dpt g tmpt yg cntik mcm tu....siap ada gunung berapi emas lagi..binatang2 lak jd terbalik..means yg kecik jd besar..n yg besar jd kecik..aww..gajah itu sgt cumel!!!

see..comel kan :)

gajah yg besar jd kecik.cute!!

lebah yg kecik jd besar..gebu!!

Atlantis..yg sepatutnya di dasar laut..
tp sebenarnya dy timbul n tenggelam

ada The Rock yg sgt taff n responsible n caring step father..aww!

ada pakcik yg sgt2 lucu! hehehe..like!! :)

*tu jela kot review nye..nk tau tgok sndiri..tp mmg best la...tgok 3D mcm kita ada kt situ jugak.. ^_^v
tengs kak wawa..sbb ikut tgok crita yg nik pilih n belanja nik ..syg akak :)

Thursday, January 19, 2012

kisah baju pengantin x jadi... XD

masa : dlm pukul 2 lebih, masa klas GERKO.
tempat kejadian : dlm kelas, astaka.

situasi bermula apabila........

"zzzzzz....zzzzzzzzzzzzz....zzzzzzzzzzz" 
(telepon ku vibrate agak lama menandakan ada panggilan masuk dari nmbr yg x dikenali)


dlm hati seorg peniaga nasik goreng sambilan ~ "eh..sape lak kol aku nih? time kelas nih..ish..ni mesti ada org nk oder nasik nih..hari ni xda nasik...xpela..nnt habis kelas ak tnya org tu" ~

x lama pastu kelas GERKO pun tamat...sambil berjalan balik ke bilik, aku pon msg ke nmbr tuh...

"sape ni ye?"

lalu msg ku dibalas....

"Dhiya pengantin..tpn xd nk oyak hal bju pngtin..tp oyak doh ko abe kak..sya g ata 21/1 bju"

sejurus je aku baca msg tu..aku terus ketawa guling2 geli hati bagai digeletek...awww..baju pengantin?? bila aku nak kawen nih? ahaks! ~gatal seketika~

then aku pon balas kt nmbr tu....

"err..maaf la ye..sy x kawin lagi nih...silap nmbr nih"

kemudian msg aku di balas balik...
"Laila ke nie?"

dlm hati aku ~ "laa..dia main sebut laila pulak...tau la 'Laila' nih nama utk 'adik2' junior jiran sebelah menyebelah" ~ then aku pon terasa nk lyn msg tuh...nk wat drama sket..hahahaa..lalu aku pon balas....

"Laila tu bkn sy..Laila tu org lain...sorry"

mcm nk gtau je yg laila tu jiran2 aku..haha..then ingatkan dh habes la kot drama aku nih..rupa2nya dia balas lagi..igt dia nk tnye pulak pasal laila jiran2 aku tuh..tp dia balas....

"sory la cm 2 gak.."

masa ni aku ketawa guling2 lagi walopon dh sampai ke bilik aku..hahaha...dh aku merepek bnyk2 baru dy sedar yg salah nmbr..then aku xnk tinggalkan dy cmtu je..aku pon balas msg terakhir dgn...

"xpe3...nnt sy nk kawin sy gtau ye LOL XD"

kahkahkahkahkah hakhakhakhak hak tuihhhh! sero nok suko weh....kesian la kt dy..susah2 kol n bg msg kt ak pasal baju pengantin tu...so aku pon gtau la cmtu kt dy..mna tau kot2 nk guna perkhidmatan dy betul2 nnt bila dh tiba masa dan ketika utk aku kawin..x sia2 dy tersalah nmbr td..kan3 ^_^v

begitulah kisah baju pengantin x jadi.......tamat.....

::mmg lucu sgt2...mula2 igt org nk tempah nasik..rupa2nya org nk hantar baju pengantin...mcm nk suruh aku kawin cepat2 pulak ye...xpe...ada calon nnt aku terus tempah baju pengantin ye..hehe..getek!::


Royal Wedding Dresses Romona Keveza 2012
yg ni cantik kan ^_^

Romona Keveza Royal Wedding Dresses
yg ni sgt nice! :)

yg ni pun..ada bunga..like!! ^_^

Royal Wedding Dress Romona Keveza 2012
yg ni mcm ikan duyung..aww ^_^

tapi kalo dapat yg ni mmg best jugak..hahaha XD

hello cik khalida..awok tu bkn omputih nk pakai gaun2 segale nih... berangan aje le..
tp dlm angan2 nak paju pengantin warna merah putih...awww! chanteknyew!!!

~sampel2 baju pengantin warna merah putih yg di gugel x menarik minat langsung..haish~

 tapi utk pelamin nak yg mcm ni pon dh oke
merah putih!! like!!!!!!!!!!! ^_^v

oke..enough! sudah2 lettew cik khalida oiiii...belajaq x abeh lagi dh berangan nk kawen :p

Sunday, January 15, 2012

Duhai Lutut Kaki Kiri Ku Kaku...

Duhai Lutut Kaki Kiri Ku Kaku...

kamu baik2 aja kan? jgn sedih2...esok lusa baik la tu...bila dah baik nnt boleh la jln2, lari2 lompat2 tembok lagi ~amaran keras oleh makcik urut,ummi, abah n cik nor..jgn nk ngade2 lasak lagi..kaki tu x baik lagi tuh~ :(



Duhai Lutut Kaki Kiri Ku Kaku...

kenapa awk lari dari parking lot awk lagi? bukankah sy dh pesan ngn awk duduk diam2 baik2 kt situ..kenapa awk nk lari2 nih? kesian sy...sakit wooo..awk pon rasa kan mcm mana rasa sakit tu...sy igt lagi masa sekolah menengah dulu..masa tu sy form 4 ke form 5 ntah...awk lari dari parking lot awk buat pertama kalinya..sy igt lagi..masa tu time PREP mlm..dhla jadi kt bangunan sekolah pulak tu...masa sy g tandas sorg2...sob2...awk x kesian ke ngn sy duhai lutut kaki kiri ku kaku? naseb baik sy cuba jln jugak masa tu...n utk pertama kali sy kena g mengurut n jln terhincut2 pegi sekolah...sedih tau... :'(


Duhai Lutut Kaki Kiri Ku Kaku...

awk kena paham..sy ni mmg lasak sikit...bukan lasak bsukan mana pun..tp lebih kurang mcm bdk2 yg buas org utara habaq..x reti jln baik2..ada je nk lompat2, lari2, riang ria sana sini...huhu,,nak buat mcm mana..sy mmg kanak2 riang..hehehee XD



Duhai Lutut Kaki Kiri Ku Kaku...

mcm mana awk rasa bila makcik som (tukang urut) td tu urut awk? picit awk kuat2..angkat tulang awk n parking tempat asal awk balik? perghh..sgt BEST kan? mcm nk jerit kuat2 je kan? naseb baek sy pemalu...tahan dgn penuh kesabaran je...dlm hati ni hanya Allah saja yg tahu betapa sakitnya makcik tu urut..
sabarlah kaki...nak baik cpt mmg kena tahan sakit sikit... (air mata x jd meluncur keluar dari mata..just keluar suara2 halus yg menyatakan aduh sakitnya...syukur)


Duhai Lutut Kaki Kiri Ku Kaku...

awk dah makin oke kan? alhamdulillah...sy harap awk makin oke la..sy nak berlari2 riang ria lagi...sy x boleh jln terhincut2 lama2..sy x boleh jd seorg yg menjaga langkah dgn terlampau sopan walaupun sy sememangnya seorg yg sopan..ahaks :p

Saturday, January 14, 2012

BIRU ^_^v


yes! taun ni saya rumah biru ye...
rumah sukan masa tadika dolu2!!! *eksaited puloks
tadika > BIRU
darjah 1 - darjah 5 stgh > KUNING
darjah 5 stgh - darjah 6 > MERAH
form 1 - form 2 stgh > MERAH
form 2 stgh - form 5 > HIJAU
tahun 1 ipg > HIJAU
tahun 2 ipg *taun ni la > BIRU 

see! lama sudah x dpt rumah biru..hehehe ^_^v
berputar2 nmpk..mybe taun dpn kuning kot? *wondering hehehe

Wednesday, January 11, 2012

Monday, January 9, 2012

berOMBAK RINDUan

ye..minggu lepas aku baru berpeluang berOMBAK RINDUan setelah x dapek nk g tgok kt bigC..nk wat cmna..masa n waktu x mengizinkan daku utk g bigC sopmo2.. ::bilamasalakakukakiwayangntahdahnasebbadan::

from my opinion ~ceewaaahh skiping u nyahhh~ citer ni biasa2 je..x sehebat novel OMBAK RINDU yg meletops3 tu.x caye try baca novel dy..lagi best! n citer adaptasi ni x sama ngn novel sgt..ada jln citer yg ditambah2 sndiri..dhtu...cepat bebenor jln citer filem ni bergolek...x puas hati btoi..x sempat nk feeling n nanges pon..baidewei....aku suka Aaron!!! Hariz biasa2 je dlm filem ni..bkn mcm dlm novel...

walaubagaimanapun...ak tetap sokong filem ni..yela filem Malaysia...sape lagi nk sokong kalo bkn rkyat Malaysia..yedok? n ak sgt2 suka ost OMBAK RINDU!!! semua best2!! paling bermakna n memberi makna n ak feeling habes ialah lagu OMBAK RINDU..lagu ni mcm luahan hati ak sndiri...luahan ikhlas dari jauh di lubuk hati aku utk si dia ~ntah la sapa2 pun..~

"dear my ______....saya harap awak mengerti luahan hati saya ni..walaupun bkn tulisan atau karya saya sndiri..tp ia memberi makna yg besar buat saya...harap awak hayatinya.."    ^_^

::aww..tersuwit2 lak...ntah pape ntah ceq merepek merapu...teda ada kena mengena dgn yg hidup mahupun bkn hidup ye::

ini la bait2 puitis nye ->


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Sunday, January 1, 2012

ASSALAMUALAIKUM 2012....

ASSALAMUALAIKUM 2012....selamat menjengah ke tahun baru....semoga menjadi lebih baik daripada tahun2 sebelumnya...amin.... ^_^




~~err..sebenarnya ak xda mood sgt nk berblogging nih...padahal bnyk bebenor entry nk nk tulih..tp disebabkan kekangan masa n ak bizi kalah PM...ak tangguhkan dulu segala isi n huraian entry ak tu...nnt2 ak update laen la ye...(bajet ada peminat yg baca lak.. :p)

::notakaki::
nnt nk hapdate jugak pasai kenduri aqiqah n berkelah kt sedim..x kira x kira..lmbt pon lmbt la... :p