CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 7, 2013

Hunting for Ciken Cop yaww!!

Assalamualaikum w.b.t
Weeehuuuu...akhirnya harini I'olss berjaya jugak hunting for ciken cop bersama2 cik juwek ngn cik patty!! Lama dah nk g rasa ciken cop kt Ceria Maju Klasik ni...akhiryaaaaaaaa..tadaaaaaaa!!!

See?? look so nyumm meyhhh!! Rasa dia?? Erm not bad la. Just ok2 jak..rasa mcm nk mncari ciken cop lain lak...Patmah maybe? amboihh kemain ngidam..haha..padahal exam paper ada lagi 2..omaiiiii... Sila sambung setadi wahai cik puan muda Nik Khalida a.k.a miss kelly (baru lah TESL) hewhewhew 

#SayaDanMakananMemangTakDapatDipisahkan
##FoodLover

Wednesday, November 6, 2013

Baru nak mengarang balik...

Assalamualaikum...namastee mera beteii..
Vavavavaa..kemain..terpengaruh apa ntah tetiba jek..hahaha..n tetiba je nk try post blog through henpon..mcm best jek..mcm ketinggalan kapal jek...huhu..nk buek cmno..baru nk merangkak balik ni haaa...hehe

Try dlu post jd ke x..haha :D

Ok berjaya!! So pasni insyaAllah nk review moment indah masa sem 4 ni...hohoho..me is excited!!

#go sambung setadi...gambateh!!

Tuesday, November 5, 2013

SETAHUN LEBIH MENYEPI

Assalamualaikum w.b.t

SETAHUN LEBIH MENYEPI?

yuppp..dah lama rupanya blog ni x bergerak...maybe sebab kemalasan yang melampau tuan empunya blog kot..mueheheehe..naseb la ye.. Alhamdulillah...tuan empunya masih dipinjamkan nafas sehingga ke hari ini...dan harini merupakan 1 Muharam, permulaan tahun baru 1435 Hijrah.. Salam Maal Hijrah buat semua...moga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya..amin ya Rabb. ^_^

xda apa sgt yang nak dikongsikan utk permulaan semula penulisan blog ni..maybe kekeringan idea lagi kot.. yela lepas sekian lama menyepi duk membaca blog2 org sambil minum cool blog je..haha.. lepas ni mungkin penulisan blog ni lebih kepada penulisan ikut mood..hope mood sentiasa ada la ye..best sebenarnya berblogging nih..serius x tipu.. :)

udah2 le tu nik khalida! sila stop merepek meraban dan g study!! final exam yaww!! 3 paypers more!! dah sem 4 da awk tu..umur pun da makin meningkat..mcm xnk percaya je..hewhewhew

WELCOME BACK NIK KHALIDA!!! 
-x malu wish kt diri sendiri..haha ^_^


#nak kembali berblog sbb best baca blog abg ben & blog2 femes lain..
##nak senyum sesorg bila godek2 balik post2 lama..kenangan tu weh!

Wednesday, April 25, 2012

Buat Bakal Imamku....


~ ♥ Andai Aku Adalah Tulang Rusuk Mu Yang Hilang ♥ ~


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat



Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah



Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan



Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita



Kerana..

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

Wednesday, April 11, 2012

akugilamuvilagi.. ~MIRROR MIRROR~



yess!! muvi pertama yg aku tengok sejak sekian lama x g tengok muvi
MIRROR MIRROR
super duper AWESOME!! n BEST!!!
mmg x rugi g tengok even mcm lmbt je g tengok kan
(Wed. 11April 2012)
ptg nk g tengok tu mmg struggle gilos la
usaha mencari teksi semata-mata nk bg sempat tengok pukul 5.20ptg
dari Summit jelajah ke BPMall utk muvi ni
n sgt berbaloi! sempat tgok..
sampai ke babak terakhir
dan sampai skrin wayang dh gelap
semata2 nk tgok n dengar lagu ala2 hindustan yg best tu
~dh siap download lagu I Believe in Love tu ya~
hahahahahahaha XD

yg mampu ak review n komen...

Snow White & the 7 Dwaft 

muvi ni sgt best! 

dan...

HERO SGT HENSEM!!

err....ni lain kes nih..belum sedar dari spell
comel jugak!

see! HANDSOME kan!!

AWW!!!! my PRINCE ALCOTT!!!




Tuesday, April 10, 2012

SEBULAN MENYEPI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ^_^v

eh2..lamanya aku x menghapdate blog nih..ya ampunnnn..sebulan lebih sudah ya..berhabuk sudah..hehehe
yepp...memang aku nak je hapdate blog ni..kalo boleh tiap2 hari nak tulis mcm2 kisah hidup aku..tapi ntah la..tiba2 rasa mcm xde semangat nak mengarang..mybe sbb membizikan diri dengan buat benda2 lain kot.. mcm menyempurnakan ASSignment aku yang belambak tu.. (tp dh abes skrg!!)

mood nak menghapdate x kunjung tiba sebab aku skrg meralit pulak berBLOGWALKING ke blog2 yg fofular n x fofular utk menstalk baca mcm2 kisah hidup org, cerita2 lawak, menstalking org, err perlu kew? hewhewhew :D

so..skrg nak kena timbul mood balik utk merajin menghapdate blog aku nih..harap2 istiqamah la ye..amin..doa2kan la tau..hik3

Wednesday, February 29, 2012

info kesihatan - TIBI & pengalamanku

RAWATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN TIBI
oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Pelbagai cara telah dilakukan. Langkah pencegahan juga telah dilaksanakan. Namun, penularan penyakit tibi (tuberculosis) tetap tidak ada surutnya. Malah angkanya terus meningkat dari tahun ke tahun.


Statistik WHO

Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini terdapat lebih kurang 20 juta kes tibi aktif di seluruh dunia. Penyakit ini dikatakan menjangkiti antara 50 hingga 100 juta penghuni dunia terutama kanak-kanak secara tahunan. 3 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80% daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26% kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit tibi mendapatkan rawatan sewajarnya.

Apakah punca utama penyakit yang sudah wujud sejak zaman kuno ini terus bertahan? Bagaimana pula peranan kita dalam usaha untuk memastikan penyakit ini tidak lagi menjadi antara pembunuh utama penyakit berjangkit ini?


Senario Jangkitan Tibi di Malaysia


Di negara ini, angka mereka yang dijangkiti penyakit ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Sejak 1989 secara purata sebanyak 11,500 hingga 12,000 kes dikesan setiap tahun. Separuh daripada kes ini didapati positif dijangkiti tibi. Pada 2006, seramai 14,000 pesakit tibi telah dapat dikesan yang mana nisbah jangkitan adalah 61 untuk setiap 100,000 penduduk.

Tahun berikutnya, sebanyak 16,000 kes baru dicatatkan dan pada 2008 pula sebanyak 17,506 kes baru didaftarkan. Daripada angka ini, 10,441 disahkan dijangkiti kuman tibi dengan 2207 kes melibatkan pendatang asing.

Angka jangkitan terus meningkat tahun lalu dengan 17,496 kes baru direkodkan.

Bagaimanapun, kes tibi di Malaysia masih rendah berbanding Filipina, Thailand dan Indonesia, namun lebih tinggi dari negara Singapura.


Tibi dan Pendatang Asing

Kemasukan pekerja dari negara-negara dunia ketiga sememangnya menjadi punca utama jangkitan tibi masih berleluasa biar pun tahap kebersihan dan kesihatan di negara ini boleh dikatakan berada pada paras sederhana.

Sememangnya sangat sinonim dengan negara mundur dan kemasukan pekerja dari negara-negara ini turut membawa sekali penyakit tersebut. Penyebaran kuman di kalangan pendatang berlaku dengan mudah disebabkan keadaan persekitaran yang memudahkan penyakit merebak dan menular.

Boleh dikatakan dengan keadaan tempat tinggal yang sempit dan kurang ventilasi menjadi salah satu sebab penting kepada jangkitan ini menular dengan mudah.

Negara maju seperti Amerika Syarikat juga turut berdepan dengan masalah ini disebabkan kemasukan pendatang asing dari negara membangun seperti Mexico.


Rawatan

Bakteria tibi mempunyai dinding sel yang tebal dan amat sukar untuk dibunuh menggunakan antibiotik. Kuman ini juga boleh hidup di dalam sel-sel darah dan di dalam tisu anggota badan lain.

Oleh itu, rawatan tibi perlu terus diberikan selama 6 bulan supaya semua kuman di dalam dan di luar sel dapat dibunuh sepenuhnya.

Cara rawatan adalah dengan memberikan antibiotik kepada pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan kuman tibi menjadi kebal kepada ubat (multidrug resistance tibi). Ubat yang biasa diberi adalah isoniazid, rifampicin, pyrazinamide,streptomycin dan ethambutol. Pesakit perlu mengambil ubat-ubat ini setiap hari bagi 2 bulan pertama, sehinggalah pemeriksaan doktor dijalankan.

Sekiranya pemeriksaan doktor menunjukkan kemajuan dari segi simptom, imej imbasan sinar-X dan pemeriksaan kahak, cara pengambilan ubat akan diubah kepada 2 kali seminggu untuk 4 bulan seterusnya. Imbasan sinar-X dan ujian kahak perlulah dijalankan setiap 2 bulan sepanjang tempoh rawatan, sehinggalah pesakit didapati sembuh sepenuhnya (selalunya hanya dalam tempoh 6 bulan).

Seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga mempunyai kesan sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan letih. Adalah sangat penting pesakit memaklumkan doktor atau jururawat jika terjadi sebarang kesan sampingan yang teruk.

Kejadian kuman tibi yang kebal kini didapati meningkat di beberapa negara di rantau Asia. Kuman jenis ini amat sukar dihapuskan dan kadar kematian pesakit akibat jangkitan kuman tibi kebal adalah setinggi 80%.


Langkah Pencegahan

Menurut kajian, pesakit yang aktif tibi akan menjangkiti 10 hingga 15 orang di sekelilingnya.

Bagi pesakit yang disahkan tibi mereka perlu :

* Mematuhi arahan pengambilan ubat yang telah ditetapkan tempohnya.

* Ambil cuti dan tidak ke tempat kerja atau sekolah bagi mengelakkan kuman tibi tersebar.

* Selepas beberapa minggu rawatan, pesakit akan rasa lebih baik dan tidak akan menjangkiti orang lain lagi. Doktor akan menasihatkan waktu yang paling sesuai untuk kembali berkerja atau ke sekolah.

* Asingkan bilik tidur, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya. Elakkan sentuhan dengan orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.

* Dari segi ventilasi, pastikan sistem pengudaran rumah dan pejabat dalam keadaan baik. Halakan kipas ke arah tingkap untuk meniup angin keluar dari ruang bilik. Ini akan mengurangkan peluang bakteria tibi untuk terus berada dalam ruang dan menjangkiti orang lain.

Selain itu, kanak-kanak yang merupakan golongan mudah dijangkiti digalakkan tidak mengunjungi hospital bagi mengelakkan penyebaran kuman tibi. Bagi bayi baru lahir, suntikan BCG mampu memberi perlindungan daripada bakteria tibi.

Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas pekerja yang masuk ke negara ini terutama jika dari negara dunia ketiga.

err..kenapa tiba2 buat entry kesihatan? sebenarnya aku mmg tgh risaukan pasal penyakit tibi nih...semalam (28/2/12) aku demam sgt teruk..suhu pun sampai mencecah 39.7...sgt tinggi bagi aku yg x pernah demam tinggi2...then, ptg tu terus pegi klinik kesihatan utk check...sebab risau x sempat baik sebelum balik PBS..

bila dh sampai klinik, doktor mintak buat ujian saringan..ingatkan kenapa..rupa2nya doktor syak aku suspek tibi...astagfirullah....aku mmg sgt2 terkejut..ingatkan aku ni demam biasa je...tp bila aku menunjukkan simptom tibi..terus doktor suruh aku wat mcm2 ujian...mula2 kena g ambik darah...erk...DARAH?? CUCUK?? sgt takot! aku mmg x pernah cucuk ambik darah...tp nk wat cmna..kali ni aku mmg beranikan diri..aku try wat cool n tahan sakit...sambil2 doktor menyedut darah aku tu aku baca mcm2..zikir terkumat-kamit..darah aku tu pulak ya ampun degil ya amat..lmbt nau nk keluar..saja je nk bg jarum tu dok lama2 kt lengan aku..sampai doktor pon tegur darah tu lmbt sgt.. =.="

bila dh abes ambik darah..kena bwk darah tu g makmal..time kt makmal pulak, aku kena bg kahak pulak..puas aku melilau2 cari makmal kt mana,,sampai tertanya kt kaunter makmal sndiri kat mana makmal..demmm..kena tegur free2 jek ngn doktor kt situ..

"cik, mana makmal ye?" 
"abes tu kt belakang ni tulis ape?" dushh3..

dhtu..kena bg sampel kahak pulak dah...mula2 tnye la kat mana kena pegi..doktor tu pnya la explain masuk sana masuk sini keluar sana keluar sini...ceh..rupa2nya kena buat proses keluarkan kahak tu kt luar kt tmpt parking..dushh3...again aku geram..dh la kena paksa kahak tu keluar..sampai berair mata nih..sob3

bila dh bg 2 bekas kahak, doktor tu bg pulak aku satu bekas lagi..ckp bwk balik, esoknya hantar sampel kahak tu lagi..kena keluarkan kahak before gosok gigi...so pagi td (29/2/12) aku dh setelkan tugas tu..baik pnya aku bg kahak tu..yekk :p

dh selesai bab2 kahak..kena pegi dua ujian lagi..aduss...bnyknya ujian  ni..xpe..ujian Allah....mula2 kena g wat x-ray dada..nk check paru2 la kot..x pon check jantung..ntah la pulak..yg aku tau kena x-ray dada..huhu...ni kali kedua aku x-ray selama aku hidup hmpir 20 tahun ni..yg 1st dulu time medical check-up..

lepas x-ray..kena g klinik dada utk suntik again..what?? suntik?? aduss..sampai aku g ckp kt nurse tu "aish..kena cucuk lagi" hahaha...tp cucuk kali ni aku suka! sebabnya aku baru je sua tgn n baru nk mula kumat kamit baca zikir n bismillah dh abes cucuk..bismillah pon x abes rasanya..hehehe..patutla nurse tu langsung x sapu ubat kebas pape..just tunjuk jarum n ubat yg dy suntik..depan mata aku..ciss!

so utk smlm..dua2 tgn aku kena suntik..kanan utk ambik darah yg degil, kiri utk suntik kt klinik dada tu..waa! dh mula rasa x takut jarum..

harini..aku g hantar sampel kahak je..then doktor yg comel - abg juwek ambik sampel aku doe!! ckp esok dh bole ambik result..tp ikut doktor yg rawat aku semalam, dy ckp g hari jumaat nt terus..coz aku kena g klinik dada sekali lagi utk check bacaan..n klinik tu aku kena g lps 3 hari..alang2 tu doktor ckp la dtg jumaat ni aje..oke lah..n jumaat ni la baru tau aku ni +ve tibi or -ve tibi...harap2 aku -ve tibi la..amin.....kwn2..doakan aku ya..family pon bnyk bg sapot..abah ngn ummi bg smgt kt aku supaya jgn lemah n kuat..semua ni ujian Allah katanya...aku kena terima semua ni dgn redha..so skrg aku hanya mampu berdoa moga2 aku bebas dari penyakit tu..

Thursday, February 23, 2012

DOA DHUHA... ^_^


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh

Sunday, February 5, 2012

JEFFERY 2 n NINA ::just married::

jeffery...oh jeffery....di manakah dikau...kesian kak cipy mencari2 engkau...kenapa engkau menginggalkan nina sesekor? asal x bwk dy lari bersama?? *hahaha..gilos

JEFFERY 1 - si jantan yg x bertanggungjawab

xpelah.jeffery...sampai hati ko susahkan kak cipy..n nina..kesian nina meroyan teringatkan kau...utk mengelakkan si nina meroyan dgn lebih teruk, kak cipy, dgn dibantu oleh kak nas n di iring oleh kak nik khalida pon pegi la merisik2 hamster jantan lain utk dijadikan pasangan kpd nina..walaopon tmpoh edah belom abes..tp dh keadaan nina dh parah tahap meroyan nye membuatkan kami terus meminang dan kawinkan nina dgn hamster baru yg biberi nama jeffery (tp yg lain)..kenapa nama jeffery?? sbb nina meroyan terok..dy nk jeffery jugak2..smpaikan dy cium2 hidu2 lama2 si hamster jantan baru nih sbb terlalu teringatkan si jeffery..teruk kan keadaan dy..huhu

 NINA - tgh meroyan

tgok..teruk3....kesian sgt kt nina...xpela nina...kak cipy, kak nas n kak nik dh tlg nina dptkan hubby baru...nina lupekan lah si jeffery 1 yg x bertanggungjawab tu ye...mulakan hidup baru dgn Jeffery 2 yg sgt2 sweet n romantik nih...

hensem kan JEFFERY 2?? nina terpikat dgn kehenseman dy kan2

tgok la td tu...siap share2 mknn lagi....bila kak nik asingkan korg kt lain2 bahagian n letak penghadang sangkar, korg main lambai2 lak kt penghadang tu kan..alolololo soo suwiitttt!!!

~JUST MARRIED~


aaww..suwitnyew korunk!! harap2 korg berbahagia la ye..sampai akhir hayat....jgn lari tinggal laki/bini tau.... n satu lagi, jgn lupe bagi cucu2 yg comel2 utk kak cipy, kak nas n kak nik tau :)


*kisah percintaan JEFFERY 2 ngn NINA ^_^v

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

Allahumma sollia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim' 3x.

(klik atas utk tgok vdeo hasil enchik YDP)









gambar2 sekitar majlis...

~ mmg best bila dgr selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dilagukan sambil berarak..walopon kiteorg x dpt join berarak sbb pmpn xyah berarak, tp tetap rasa suasana yg meriah tu..

~ sebak n nangis aku bila ustaz yg bg ceramah crita psl kisah nabi yg sntiasa mengingati ummatnya..adakah ummatnya mengingati Rasulullah s.a.w sepertimana baginda mengingati kita?? renung2kan...

~ jumpa Tengku Idris doe!! tengku temenggung johor tuh..bkn senang nk mendekati kerabat diraja nih... patik kan rakyat biasa je...huhu..tu yg eksaited tuh.....ampun tengku ^_^v

*cik photographer blom bg gamba...entry tangguh lagi.. =.="