RAWATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN TIBI
oleh Bintu Rasyada A. Rahman
Pelbagai cara telah dilakukan. Langkah pencegahan juga telah dilaksanakan. Namun, penularan penyakit tibi (tuberculosis) tetap tidak ada surutnya. Malah angkanya terus meningkat dari tahun ke tahun.
Statistik WHO
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini terdapat lebih kurang 20 juta kes tibi aktif di seluruh dunia. Penyakit ini dikatakan menjangkiti antara 50 hingga 100 juta penghuni dunia terutama kanak-kanak secara tahunan. 3 juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80% daripadanya melibatkan negara-negara membangun. WHO juga menyatakan hampir 26% kematian di negara dunia ketiga boleh dielakkan sekiranya pesakit tibi mendapatkan rawatan sewajarnya.
Apakah punca utama penyakit yang sudah wujud sejak zaman kuno ini terus bertahan? Bagaimana pula peranan kita dalam usaha untuk memastikan penyakit ini tidak lagi menjadi antara pembunuh utama penyakit berjangkit ini?
Senario Jangkitan Tibi di Malaysia
Di negara ini, angka mereka yang dijangkiti penyakit ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Sejak 1989 secara purata sebanyak 11,500 hingga 12,000 kes dikesan setiap tahun. Separuh daripada kes ini didapati positif dijangkiti tibi. Pada 2006, seramai 14,000 pesakit tibi telah dapat dikesan yang mana nisbah jangkitan adalah 61 untuk setiap 100,000 penduduk.
Tahun berikutnya, sebanyak 16,000 kes baru dicatatkan dan pada 2008 pula sebanyak 17,506 kes baru didaftarkan. Daripada angka ini, 10,441 disahkan dijangkiti kuman tibi dengan 2207 kes melibatkan pendatang asing.
Angka jangkitan terus meningkat tahun lalu dengan 17,496 kes baru direkodkan.
Bagaimanapun, kes tibi di Malaysia masih rendah berbanding Filipina, Thailand dan Indonesia, namun lebih tinggi dari negara Singapura.
Tibi dan Pendatang Asing
Kemasukan pekerja dari negara-negara dunia ketiga sememangnya menjadi punca utama jangkitan tibi masih berleluasa biar pun tahap kebersihan dan kesihatan di negara ini boleh dikatakan berada pada paras sederhana.
Sememangnya sangat sinonim dengan negara mundur dan kemasukan pekerja dari negara-negara ini turut membawa sekali penyakit tersebut. Penyebaran kuman di kalangan pendatang berlaku dengan mudah disebabkan keadaan persekitaran yang memudahkan penyakit merebak dan menular.
Boleh dikatakan dengan keadaan tempat tinggal yang sempit dan kurang ventilasi menjadi salah satu sebab penting kepada jangkitan ini menular dengan mudah.
Negara maju seperti Amerika Syarikat juga turut berdepan dengan masalah ini disebabkan kemasukan pendatang asing dari negara membangun seperti Mexico.
Rawatan
Bakteria tibi mempunyai dinding sel yang tebal dan amat sukar untuk dibunuh menggunakan antibiotik. Kuman ini juga boleh hidup di dalam sel-sel darah dan di dalam tisu anggota badan lain.
Oleh itu, rawatan tibi perlu terus diberikan selama 6 bulan supaya semua kuman di dalam dan di luar sel dapat dibunuh sepenuhnya.
Cara rawatan adalah dengan memberikan antibiotik kepada pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan kuman tibi menjadi kebal kepada ubat (multidrug resistance tibi). Ubat yang biasa diberi adalah isoniazid, rifampicin, pyrazinamide,streptomycin dan ethambutol. Pesakit perlu mengambil ubat-ubat ini setiap hari bagi 2 bulan pertama, sehinggalah pemeriksaan doktor dijalankan.
Sekiranya pemeriksaan doktor menunjukkan kemajuan dari segi simptom, imej imbasan sinar-X dan pemeriksaan kahak, cara pengambilan ubat akan diubah kepada 2 kali seminggu untuk 4 bulan seterusnya. Imbasan sinar-X dan ujian kahak perlulah dijalankan setiap 2 bulan sepanjang tempoh rawatan, sehinggalah pesakit didapati sembuh sepenuhnya (selalunya hanya dalam tempoh 6 bulan).
Seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga mempunyai kesan sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan letih. Adalah sangat penting pesakit memaklumkan doktor atau jururawat jika terjadi sebarang kesan sampingan yang teruk.
Kejadian kuman tibi yang kebal kini didapati meningkat di beberapa negara di rantau Asia. Kuman jenis ini amat sukar dihapuskan dan kadar kematian pesakit akibat jangkitan kuman tibi kebal adalah setinggi 80%.
Langkah Pencegahan
Menurut kajian, pesakit yang aktif tibi akan menjangkiti 10 hingga 15 orang di sekelilingnya.
Bagi pesakit yang disahkan tibi mereka perlu :
* Mematuhi arahan pengambilan ubat yang telah ditetapkan tempohnya.
* Ambil cuti dan tidak ke tempat kerja atau sekolah bagi mengelakkan kuman tibi tersebar.
* Selepas beberapa minggu rawatan, pesakit akan rasa lebih baik dan tidak akan menjangkiti orang lain lagi. Doktor akan menasihatkan waktu yang paling sesuai untuk kembali berkerja atau ke sekolah.
* Asingkan bilik tidur, jangan berkongsi pakaian, makanan dan sebagainya. Elakkan sentuhan dengan orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.
* Dari segi ventilasi, pastikan sistem pengudaran rumah dan pejabat dalam keadaan baik. Halakan kipas ke arah tingkap untuk meniup angin keluar dari ruang bilik. Ini akan mengurangkan peluang bakteria tibi untuk terus berada dalam ruang dan menjangkiti orang lain.
Selain itu, kanak-kanak yang merupakan golongan mudah dijangkiti digalakkan tidak mengunjungi hospital bagi mengelakkan penyebaran kuman tibi. Bagi bayi baru lahir, suntikan BCG mampu memberi perlindungan daripada bakteria tibi.
Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas pekerja yang masuk ke negara ini terutama jika dari negara dunia ketiga.
err..kenapa tiba2 buat entry kesihatan? sebenarnya aku mmg tgh risaukan pasal penyakit tibi nih...semalam (28/2/12) aku demam sgt teruk..suhu pun sampai mencecah 39.7...sgt tinggi bagi aku yg x pernah demam tinggi2...then, ptg tu terus pegi klinik kesihatan utk check...sebab risau x sempat baik sebelum balik PBS..

bila dh sampai klinik, doktor mintak buat ujian saringan..ingatkan kenapa..rupa2nya doktor syak aku suspek tibi...astagfirullah....aku mmg sgt2 terkejut..ingatkan aku ni demam biasa je...tp bila aku menunjukkan simptom tibi..terus doktor suruh aku wat mcm2 ujian...mula2 kena g ambik darah...erk...DARAH?? CUCUK?? sgt takot! aku mmg x pernah cucuk ambik darah...tp nk wat cmna..kali ni aku mmg beranikan diri..aku try wat cool n tahan sakit...sambil2 doktor menyedut darah aku tu aku baca mcm2..zikir terkumat-kamit..darah aku tu pulak ya ampun degil ya amat..lmbt nau nk keluar..saja je nk bg jarum tu dok lama2 kt lengan aku..sampai doktor pon tegur darah tu lmbt sgt.. =.="
bila dh abes ambik darah..kena bwk darah tu g makmal..time kt makmal pulak, aku kena bg kahak pulak..puas aku melilau2 cari makmal kt mana,,sampai tertanya kt kaunter makmal sndiri kat mana makmal..demmm..kena tegur free2 jek ngn doktor kt situ..
"cik, mana makmal ye?"
"abes tu kt belakang ni tulis ape?" dushh3..
dhtu..kena bg sampel kahak pulak dah...mula2 tnye la kat mana kena pegi..doktor tu pnya la explain masuk sana masuk sini keluar sana keluar sini...ceh..rupa2nya kena buat proses keluarkan kahak tu kt luar kt tmpt parking..dushh3...again aku geram..dh la kena paksa kahak tu keluar..sampai berair mata nih..sob3
bila dh bg 2 bekas kahak, doktor tu bg pulak aku satu bekas lagi..ckp bwk balik, esoknya hantar sampel kahak tu lagi..kena keluarkan kahak before gosok gigi...so pagi td (29/2/12) aku dh setelkan tugas tu..baik pnya aku bg kahak tu..yekk :p
dh selesai bab2 kahak..kena pegi dua ujian lagi..aduss...bnyknya ujian ni..xpe..ujian Allah....mula2 kena g wat x-ray dada..nk check paru2 la kot..x pon check jantung..ntah la pulak..yg aku tau kena x-ray dada..huhu...ni kali kedua aku x-ray selama aku hidup hmpir 20 tahun ni..yg 1st dulu time medical check-up..
lepas x-ray..kena g klinik dada utk suntik again..what?? suntik?? aduss..sampai aku g ckp kt nurse tu "aish..kena cucuk lagi" hahaha...tp cucuk kali ni aku suka! sebabnya aku baru je sua tgn n baru nk mula kumat kamit baca zikir n bismillah dh abes cucuk..bismillah pon x abes rasanya..hehehe..patutla nurse tu langsung x sapu ubat kebas pape..just tunjuk jarum n ubat yg dy suntik..depan mata aku..ciss!
so utk smlm..dua2 tgn aku kena suntik..kanan utk ambik darah yg degil, kiri utk suntik kt klinik dada tu..waa! dh mula rasa x takut jarum..
harini..aku g hantar sampel kahak je..then doktor yg comel - abg juwek ambik sampel aku doe!! ckp esok dh bole ambik result..tp ikut doktor yg rawat aku semalam, dy ckp g hari jumaat nt terus..coz aku kena g klinik dada sekali lagi utk check bacaan..n klinik tu aku kena g lps 3 hari..alang2 tu doktor ckp la dtg jumaat ni aje..oke lah..n jumaat ni la baru tau aku ni +ve tibi or -ve tibi...harap2 aku -ve tibi la..amin.....kwn2..doakan aku ya..family pon bnyk bg sapot..abah ngn ummi bg smgt kt aku supaya jgn lemah n kuat..semua ni ujian Allah katanya...aku kena terima semua ni dgn redha..so skrg aku hanya mampu berdoa moga2 aku bebas dari penyakit tu..