CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 9, 2011

KENTUT?? hehehe XD



tgh2 ak blogwalking sana-sini menikmati sisa mlm, ada la terserempak ngn satu entry yg berkaitan ngn perkara yg ak amat berminat skali utk buat research...ya..ak berminat nk kaji psl KENTUT!! ~excited~
   

so..kt sini ak nk kongsikan beberapa fakta yg tatau samaada btol2 fakta atau auta..just baca jelaa...best!!



Fakta tentang kentut  

S:
Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut. Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.



S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.



S: Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?

J: Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.



S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.


S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
J: Ada. Pernah tengok ‘Just For Laugh’ di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.



S: Adakah kura-kura kentut?
J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.



S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.



S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil “seni kentut” (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.



S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?
J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.



S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain..


konklusinya..nak kentut tu kentut jela...tp cover2 la jugak..
jgn smpai buat org sesak nafas bau kentut tuh
pastu nk kentut xyah la heboh2 "weh!! aku kentut!! bau la bau la "
~senget~

Friday, August 5, 2011

bazar bazar bazar

alhamdulillah..setelah sekian lama x menjejakkan kaki kt bazar ramadhan, ptg td ak n the geng dpt g bazar ramadhan dkt ngn masjid btu pahat tu...xcited lak!! yela..bkn sng nk g..nak2 ak xde transport melainkan limosin kuning tu jer...xpon yg kaler merah tu.. :p so, untongla ari ni kwn ak bg pnjm keta honda civic  kancil dye..dptla pegi membeli ikut nafsu mkn yg kuat..sblom tu smpat la g bndr jap amek gaji elaun yg amat ditunggu2 setiap bln..tp BSN lak wat hal..x dapek jugak amek duit kt ctu..alih2 bpmall jugak yg dituju..

setibanya kiteorg kt bazar..mulala membuat tinjauan gerai demi gerai..perghh...bnyknye mknn!!! arghh!!! tidakk!! ap ak nk beli nih??? ruang pndangan ak penuh ngn mknn...adess...walopon bnyk mknn..ak still xtau nk beli ap utk berbuka posa..haishh..masalah2...

dgn bersusah payah mengharungi lautan manusia..akhrinya ak hnya rembat sejumlah mknn yg ad diantaranya kami mmbuat pakatan rakyat utk membelinya...antara menu ak berbuka tadi... 

*AYAM GOLEK MADU BEREMPAH*
(sekor kongsi berempat)

*NASI KERABU*
(sebungkus jer)

*MURTABAK DAGING*
(kongsi bdua)

*AIR KATIRA*
(sebungkus jer..x cukop!!)

ada lagi mknn tp bkn ak pnya laa..kenyang..
x mmpu nk mkn walopon nafsu membuak2 nk beli mcm2 agy..

sekian..itulah flashback dari sy utk ari ini.. ^_^v

Tuesday, August 2, 2011

ramadhan dtg lagi....

alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaNya..dpt lagi aku, dia, kamu n kita semua (pomot blog pulak) menjalani ibadah puasa utk tahun ini..mudah2han sampai ke penghujung bulan insyaallah... mcm dh lewat pulak ak nk tulih entry ni..sbb arini dh ari kedua posa..tp ak tetap nk tulih gak!! lantakla blog ak. :p

utk 1st ramadhan taun ni..best!! sbb dpt balik rumah n sempat sahur kt rumah n bukak posa kt rumah..yeayy!! tp..bkn rumah  ak  mak ayah ak kt penang tu..tp kt rumah pkcik asziman n cik nor (dh mcm family sndiri dh) kt kuarters kakitangan ADTEC Batu Pahat.. (rujuk plan..tp xde jemputan kenduri pon ye ahaks)


seronok ada, sedih pon ada..yela ad kwn2 bole balik rumah masing2 n bsama2 ngn fmily masa tu..btw..ak bsyukur sbb dpt la jugak merasa balik rumah n bpuasa kt rumah..sbb ada lagi kwn2 ak yg x dpt balik ke rumah sndiri, rumah kwn, rumah sedara, rumah mentua n hnya stay kt ostel je awl ramadhan ni...

so..cadangnya ari jumaat lps solat jumaat cik nor nk dtg amek..last2 ak x jd g ari jumaat coz ak nk klua ngn sarah beli brg utk stok bln posa...dgn itu..ak pon g la rumah cik nor ari sbtu tu..anak2 cik nor dh ada kt rumah  (along n yap - dua2 laki tp ADIK AKU laa)..mse dok sana ak mula la jd ala2 anak dara yg rajin lagi rajin...hahaha...tlg2 mne yg boleh ditolong laa..(bole jd menantu pilihan nih..mkcik2..ni ada anak dara yg rajin lagi rajin sorg kt sni..muahahhaa)

1st Ramadhan ak setat bila kiteorg 1 fmily g terawih kt msjid ADTEC..sgguh terharu bila dgr imam gtaw nk solat terawih.. alhamdulillah..ak dh berada dbulan Ramadhan...lps terawih pkcik bwk g mkn kt Senggarang..mkn mlm (bg ak ala2 sahur coz mknn lewat smpai)...

ari 1st bgn sahur...as usual mcm kt rumah sndiri - cik nor kejutkan ak bgn sahur n lps bgn tgok mknn dh siap (ap pnya anak dara la ak nih..kunci jam x bgn.. :p) sahur dgn nasik n sambal tumis telur n telur dadar berlada (menu feveret time sahur telur la)..lps mkn tros tggu wktu subuh coz xnk terlajak tido..

1st bukak posa...preparation utk masak dh sedia awl2...x la awl sgt coz pagi tu g klua bandar utk beli brg2 n cari bju n kasut adik yap..balik rumah pon dh kul 4 ptg..tros masok dapor laa..as usual..ak tlg2 la potong2 kupas2 mna yg patut..sekali lagi ulang..ak an anak dara yg rajin lagi rajin...n menu 1st day bukak posa ialah...

*IKAN CENCARU BAKAR*
pakcik asziman yg jd chef

*TOMYAM CAMPUR*
prepared by cik nor..dibantu nik khalida

*AYAM GORENG UPIN IPIN*
seketul dimakan oleh nik khalida

*AIR BANDUNG SODA*
special prepared by chef nik khalida..hohoho!!

x dilupakan BUAH KURMA
op koss la fresh dari dlm kotak
(semua gambar diatas atas disedut dari enchik Google.. 
time mkn x smpat amek gamba :p)

yummyy!! sgt2 meriah bg ak anak rantau yg posa kt ostel...mna mgkin bole dpt mkn yg best2 n bnyk cmni kt ostel..kan..ayat biasa..untonglaaa dpt bukak posa kt rmh...alhamdulillah... ^_^v